Salam dan hai, sebelum ini Google telah memperkenalkan Google Authorship. Jika seseorang  mencari sesuatu dengan menggunakan enjin carian google dan laman blog anda dalam keputusan carian, maka gambar anda akan terlihat iaitu sebagai author atau admin blog tersebut.




Google authorship bagus untuk meningkatkan jumlah pelawat ke blog anda, ini kerana blog anda kelihatan profesional berbanding link blog lain. Justeru kebarangkalian pelawat untuk klik ke laman blog anda adalah sangat tinggi.

Berita baik kerana Google Authorship ini boleh juga di aplikasikan pada blogspot yang sebelum ini hanya untuk dot com sahaja. Lihat paparan di bawah ini apabila saya taip "Maybank Vector Logo" berada di page 1 dalam carian.

Jika anda mahukan untuk blog anda, maka saya akan kongsikan dengan anda. Untuk toturial Google Authorship untuk Blogger ini anda perlulah mengetahui sedikit mengenai css dan html, oklah, mari kita ikuti langkah-langkah ini : 


Langkah 1
Anda perlulah buka akaun Google Plus.

Langkah 2
Di blog anda buat satu ada bahagian page "About Me" di tab menu (boleh rujuk blog ini punya).

Langkah 3 
Setelah itu, tambah tag rel="author" di sidebar About Me atau untuk lebih mudah Copy code ini dan pastekan code di sidebar blog anda (lihat sidebar blog ini).
<img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-ZN2Jxcgu_J50Pr03ZFMfRYaHyIYiONb43LL9unsKFKyDvpvDIhWg_-1a-Q3hxvu9aURUQg7T4XUNIGakQa5_EkUFEpVQ65RGjMAcpcVsViDibgRcmWaRSEVYow-ynsYW2pAzWgAkyLKt/s1600/image70x70.jpg" border="1" alt="About" style="float:left;margin:0 5px 0 0;" /><a href="http://your-blog.blogspot.com/p/your-about-page.html" rel="author" target="_blank ">Artzam</a>
Taipkan secara ringkas tentang anda disini<p></p>
Di dalam code html ini anda perlu ubah yang saya highlight iaitu URL page "About Me", URL gambar anda berukuran 70px x 70px dan sedikit info tentang anda.

Langkah 4
Seterusnya dalam "About Me" page, letakkan link Google Profile anda dengan rel="me" tag.
<a href="http://plus.google.com/[your_profile_url]" rel="me">My Google+ Profile</a>
Langkah 5
Kemudian pergi ke Google Plus profile anda dan klik edit, letak link page "About Me" ke "Other Profile" dan letak laman blog anda di "Contributor to". Setelah selasai klik Done Editing.


Setelah selasai semua anda, lihat jika google terimanya permohonan anda dengan menggunakan Rich Snippet Tool, letak link url blog anda,klik preview dan lihat jika perkataan berwarna hijau "Verified: Authorship markup is verified for this page" terpapar,maka permohonan anda lulus dan sedang di proses.


Jika tidak kelihatan, anda di nasihati untuk membuat semula langkah-langkah tersebut, dan jangan ada yang tertinggal. Jika ada masalah sila tinggal komen anda di bawah ini atau pergi ke laman blog http://techcovered.blogspot.com.


Nota : Perubahan tidak berlaku serta merta. Saya menunggu dalam seminggu untuk google meluluskannya.


1 comments :

Health & extra revenue,
Follow this Website :
http://optiplus-malaysia.blogspot.com
https://ayuhanafiah.emgoldex.com

Reply