Assalamualaikum dan Salam sejahtera,ramai blogger baru mengeluh tentang trafik blog mereka,walaupun sudah cuba banyak teknik dan tip yang telah di sarankan oleh blogger-blogger otai,bagaimana untuk tingkatkan trafik blog tetapi masih agak susah untuk mendapat serendah 100 page view sehari.

Kalau anda juga berada di situasi begini juga,jangan bimbang saya akan kongsikan teknik yang saya telah implikasikan sendiri pada blog ini,dan sememangnya berkesan. Anda hanya perlukan masa 150 minit atau 2 jam setengah sehari di depan komputer anda untuk mendapatkan jumlah pageview yang tinggi. Disini saya senaraikan hanya 4 langkah sahaja yang diperlukan untuk tingkatkan trafik blog.

Langkah 1 : Killer Articles / Artikel yang Mantap (1 Jam sehari )


Luangkan masa anda 1 jam sehari untuk membuat brainstorming,researching untuk membuat artikel / post yang mantap. Target anda adalah untuk post-kan di blog anda seminggu sekali untuk Killer Articles,jika agak susah 15 hari sekali pun boleh. Dengan ini anda kena peruntukan 1 jam sehari untuk menghasilkan Killer Articles.

Killer Articles ialah tidak lebih dari artikel yang panjang dan tersusun yang bertujuan memberi impak kepada pembaca / pengunjung blog anda. Contohnya  seperti blog design ini, 20 Best Creative Logo Design, Top 10 Download PSD Resources File . Oklah disini saya berikan guide line untuk anda menghasilkan Killer Articles.
  • Membuat satu senarai sumber yang terbaik,
  • Memberikan tutorial yang terperinci bagaimana untuk melakukan sesuatu,
  • Mencari jalan penyelesaian masalah yang sama niche dengan blog anda dan post-kannya atau
  • Menulis analisis yang mendalam sesuatu topik yang sedang hangat di perkatakan.
Jika pembaca / penghujung blog sukakan artikel anda,mereka yang akan membantu anda meningkatkan trafik dengan menyebarkannya maklumat tersebut kepada rakan-rakan mereka.

Langkah 2 : Networking / Hubungan (30 Minit sehari)


Networking / Hubungan adalah sesuatu yang penting jika anda seorang Blogger yang baru nak mula. Peruntukkan 30 Minit sehari dengan :
  • Tinggalkan komen pada Blog orang lain
  • Kongsikan link Blog anda dengan Blog orang lain
  • Berinteraksi dengan Blogger lain melalui Facebook,IM atau Twitter.
Ingat!! matlamat anda adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik antara blogger-blogger yang lain,jangan hanya untuk mempromosikan blog anda sahaja. Hormati pendapat dan Karya mereka,ini juga boleh meningkatkan imej anda.

Langkah 3 : Promotion / Promosi (30 Minit sehari)


Ini adalah aktiviti pertama anda setelah anda membuat Killer Articles, anda perlu tonjolkan killer articles anda untuk pembaca / pengujung blog anda. Contohnya seperti :
  • Memberitahu rakan-rakan blogger anda tentang artikel anda,
  • Memberitahu Otai Blogger yang sama niche dengan Blog anda,
  • Kongsikan artikel anda pada socila network seperti Facebook dan Twitter.
  • Kongsikan artikel anda di online forum atau group.
Anda juga perlu pastikan yang artikel anda adalah mesra SEO,dan mempunyai keyword yang senang bagi enjin carian seperti google.com serta yahoo.com.

Langkah 4 : Normal Post / Post Biasa (30 Minit sehari)


Kita adalah manusia biasa,tidak semestinya setiap hari mempunyai Killer Articles. Normal Post / Post Biasa merupakan entri anda lakukan pada tiap-tiap hari yang di antara killer articles. Contohnya, jika killer articles anda setiap hari Isnin,normal post adalah dari hari Selasa sehingga Ahad. Antara idea untuk normal post ialah :
  • Entri tentang Berita semasa,
  • Entri mengajak pembaca / pengunjung blog berkongsi pendapat dengan anda,
  • Entri tentang blog orang lain yang anda suka,
  • Entri tentang aktiviti-aktiviti anda lakukan seharian.
Akhir sekali, Killer Artikel adalah untuk mempromosikan blog anda supaya blog anda mempunyai Unique Pageview tinggi,manakala Normal post adalah untuk mendapat pengunjung tegar (peminat) blog anda supaya Pageview anda tinggi.

Ok setakat ini sahaja pengkongsian saya, jika teknik ini dapat membantu trafik blog anda,saya amat berbangga sekali. Sekiranya anda ingin berkongsi pendapat dan saranan sila tinggalkan diruang komen dibawah ini.


32 comments

Bagus info ni bro. Akan dipraktikkan.

Reply

Cool... teknik yang boleh diaplikasikan dan tak mustahil untuk di buat

Reply

untuk menghasilkan artikel yang killer memang memerlukan komitment yang tinggi, terpulang kepada mindset untuk serius atau tidak...

terima kasih atas tips dan info

Reply

ader bagus jugak tips camnie..
dalam 2 jam setgah boleh buat semua nie.. =)

Reply

nak berbaik2 ngan bloger2..cam ne eak??sedey la.follower cikpayung kurang dari 100... padahal selalu je update enrti baru.....

Reply

@cik payung umbrella untuk mencapai sesuatu perlukan masa,apakata cikpayung watkan satu contest,hadiahnya xperlu mahal asalkan berbaloi...dan cikpayung akan terkejut hasilnya nnt...insyAllah..

Reply

@Babah Dayang istilah lain ialah blog anda tentang ape?contohnya blog tentang makanan,blog tentang sukan,blog tentang make up dan banyak lagi,entri atau post yang ada pada blog tersebut semua berdasarkan niche yang telah di tetapkan,ini adalah untuk memudah untuk Search engine untuk cari, dan juga dapat kebaikkan pada pengiklan untuk memaparkan iklan di blog anda.

Reply

Bro riz, memang senang nak update blog dengan cerita yang bermacam-macam. Tapi tak semua artikel itu boleh jadi killer kan, kenalah olah dan buatkan pembaca merasa seolah-olah seperti tertarik utk terus baca artikel. Jgn serius sangat, bosan!!

Reply

Good job! Artikel yang tersusun dan berguna untuk orang yang baru nak serius blogging macam saya :)

Reply

Tips yang senang dan boleh diaplikasikan oleh semua orang...

Reply

tq bro...bagus tips ni.....
tq sudi share

Reply

thanks.....bagus info ni......akan dipraktikkan....

Reply

masih tercari-cari entri killer... susah jugak nak buat.. dan dapat... huhu.. mantap..

Reply

thnkx bro for the tips..hehe incya-Allah akan digunakan..hehe

Reply

dh macam2 cara dh ada skang..
harap2 menjadi ler semuanye..
thanx sbb share.

Reply

menjadi amalan saya dalam blogging ni...thanks...

Reply

bab2 niche yg buat aku pening nih...hehehe

Reply

wahh bgus tips ne.. tq 4 da information.. sharing is caring

Reply

thanks.....bagus info ni......akan dipraktikkan
http://vanwilder1992.blogspot.com

Reply

saya dah cuba langkah satu. nampaknya ada peningkatan trafik ke blog saya. Alhamdulillah sekarang ni saya dah boleh dapat 100 page view sehari. kekadang tu unique view pun dapat 100. cubalah taip keyword response ringgit tipu. pasti anda jumpa blog saya ni first page google. thanks

Reply