Seorang Blogger akan menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimization) untuk membawa masuk banyak trafik ke blog mereka. Kedudukan yang tinggi dalam enjin carian (cth :- google.com) dengan menggunakan keyword yang betul adalah satu perkara yang akan membawa masuk beribu-ribu pelawat ke laman web dengan kerap. Tetapi sekarang ia seolah-olah seperti tidak begitu penting sangat seperti laman-laman blog tertentu tidak menumpukan sangat pada SEO tetapi masih mempunyai ramai pelawat serta komen di blog mereka.  Apakah rahsia mereka? Adakah SEO Tidak Penting Lagi?



Jika anda berminat untuk tahu mengapa SEO tidak penting seperti beberapa tahun dahulu, dan apa yang anda patut lakukan,..terus membaca artikel ini.

Sosial media memainkan peranan yang besar dalam situasi ini. Orang ramai kini menggunakannya untuk mendapatkan isu-isu terkini melalui laman media sosial seperti FacebookTwitter dan sebagainya. Pada masa kini juga ramai yang mempunyai pengetahuan IT yang membolehkan memintas Search Engine untuk mendapatkan kandungan yang terbaik dengan menaipkan keyword yang betul.

#1. Facebook
Kini, ramai orang tidak menggunakan google untuk mencari kandungan yang baikapa yang mereka lakukan sebaliknya adalah meminta daripada rakan atau kumpulan mereka di FB untuk mendapatkan sumber yang betul dan bukanlah spam. Ini adalah kerana mereka lebih mempercayai rakan-rakan FB untuk mendapatkan info ini berbanding Search Engine. Dan menurut penyelidikan baru, Facebook mempunyai lebih daripada 500 juta pengguna aktif, jadi anda boleh mendapatkan lihat berapa pentingnya Facebook.


Apa yang Anda Perlu Lakukan


Facebook boleh membawa banyak trafik ke laman web anda dan semestinya anda perlu menggunakannya. Perkara pertama yang perlu anda lakukan letakkan butang FB pada laman web anda, jadi pengunjung boleh berkongsi dengan rakan-rakan mereka jikaKedua, buat Fan Page laman web anda dan invite rakan-rakan anda untuk menyertai. Ketiga, anda juga boleh mengiklankan di Facebook jika anda mahu.


#2. Sudah Mempunyai Laman Web Kegemaran
Internet telah menjadi sebahagian yang penting dalam kehidupan manusiaoleh sebab itu mereka mempunyai laman web/blog kegemaran untuk perkara tertentu. Sebagai contoh,jika orang ramai hendak mendapatkan buku, mereka akan secara langsung pergi ke Amazon dan bukannya menggunakan enjin carian. Anda pun sama bukan?


Apa yang Anda Perlu Lakukan 


Cari laman yang mempunyai niche yang sama dengan blog anda dan cuba untuk mendapatkan kandungan anda dipaparkan dalam blog mereka, dengan menjadi penulis jemputan adalah jalan penyelesaian yang sangat baik. Dengan mengeluarkan sedikit modal anda letak iklan blog untuk pelawat blog tersebut ke blog anda, win win situation.


Ok,setakat ini sahaja untuk bahagian pertama ini,kita akan kupas lebih lanjut lagi pada bahagian kedua nanti. Apa pendapat anda? Adakah SEO Masih Penting Lagi Pada Blogger?

2 comments

Betul gak tu. Tapi sekarang ni ramai yang buat entri SEO tak berkualiti. kadang2 tu. buat tajuk SEO tapi isi lain plak dari tajuk. maksudnya tajuk lain isi lain.

Reply

Mmg penting seo utk sumber trafik yg plg mudah dan murah. Jika site content baik dan ranai pengunjung, memang tiada masalah

Reply