Apa yang saya hendak kongsikan nanti,mungkin banyak blogger telah bercerita serta berkongsi mengenainya iaitu bagaimana untuk memastikan tajuk post blog dulu selepas itu baru nama blog anda dipaparkan search engine. Ini merupakan perkara asas yang perlu seorang blogger tahu.


Kenapa ia perlu?
Kerana penggunjung akan mencari topik atau tajuk yang mahu di cari bukannya nama blog tersebut. Ini juga merupakan perkara yang sangat penting jika anda mahu blog anda di paparkan search engine. Dengan ini kemungkinan penghujung akan klik pada link blog anda adalah tinggi sekaligus meningkatkan trafik blog anda.

Contohnya seperti ini :
Anda mahu mencari 'Kalendar tahun 2011' di search engine,sudah tentu anda akan mahukan perkataan 'Kalendar 2011' dulu dipaparkan selepas itu nama blog tersebut bukan?Ini adalah kerana otak anda membaca perkataan dari kiri ke kanan



Bagaimana?paham tak? Ok di bawah ini saya tunjukkan caranya untuk edit HTML di blog anda.

1. Backup template anda dengan tekan Download Full Template
2. Pergi ke Design->Edit HTML di akaun Blogger anda.
3. Cara tag ini 
<title><data:blog.pageTitle/></title>
4. Setelah itu gantikan code ini : 
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'> <title><data:blog.title/></title> <b:else/> <title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title> </b:if> 
5. Kemudian Save Template anda. Selesai.


Dan ini adalah hasil apabila blog ini telah mengubah HTML seperti di atas,dipaparkan di Page 1 dalam Google Search Engine.




credit : widgetsforfree.blogspot.com


P/s : Search engine akan mengambil masa untuk mengindexkannya,tetapi setelah di indexkan kemungkinan trafik blog anda akan meningkat adalah tinggi.

11 comments

salam..
saya setuju sangat entri ni..
ramai blogger yang masih
tak tahu perkara basic
dalam blogging ini..terima
kasih panjangkan

Reply

tetapi sekarang sudah ada
template blog yang sedia ada
mengedit perkara ini

Reply

mcm template saya. dah tersedia ada coding tu. thanks for d'info.

Reply

dah cuba guna di http://terajubintang7.blogspot.com/
terima kasih bighanddesign info yang berguna.

Reply

Perkongsian yang menarik dan berguna..
Terima kasih

Reply

TQ... baru perasan benda nie... selalunya tak terfikir pun benda nie tapi utk mendapatkan SEO yang baik kena buat la... skrg tgh godek2 theme hamba,,,

Reply