Assalamualaikum, hari ini saya dapat Novel Grafik Saga edisi preview yang diberikan secara percuma oleh saudara Akmal Aziz pemilik website tarakucha.com. Selain saudara Momokz, saya juga meminati karya-karya saudara Akmal Aziz samada dalam bentuk komik, illustrasi mahupun animasi. Hasil artwork beliau menunjukkan yang beliau seorang yang sangat berbakat. Novel Grafik Saga ini juga adalah hasil cetusan idea beliau yang di inspirasikan dari  komik The Ride  berlandaskan kisah kereta 1968 Camaro.



Serba sedikit tentang Novel Grafik ini.

Komik ini merupakan salah satu pemenang dalam pertandingan MSC Malaysia Intellectual Property Creators Chanllenge Series (IPP) – Digital Comic 2006, mengisahkan tentang salah sebuah kereta nasional model pertama Malaysia; Proton Saga, dan bagaimana kehidupan beberapa individu berubah apabila ditemukan dengannya. Novel Grafik ini mengisahkan pelbagai reaksi dan perasaan mereka yang berbeza-beza terhadap kereta yang sama tetapi pada garis masa yang berlainan.

Cerita Pertama : Seorang guru yang amat berbangga memilikinya. 


Cerita Kedua : Seorang gadis remaja yang hidup mewah, menyampah dan membenci apabila memilikinya.


Cerita Ketiga : Sekumpulan perompak pula akan hanya melihatnya sebagai alat untuk mencapai matlamat mereka sendiri (saya suka cerita ini).


Cerita Keempat : Kereta Saga ini sendiri akan mendapat tempat untuk berjuang mengembalikan reputasi hebatnya.


Untuk pengetahuan komik ini di hasilkan oleh 6 komikus tempatan yang berbakat besar, iaitu Saudara Akmal Aziz, Nor Salim, Adifitri, Zuraizee, Khairul Ammar dan Fairul Nizam.

Bagaimana? berminat? anda boleh dapatkannya Edisi Penuh yang bernilai RM12.00 (ketika artikel ini ditulis) melalui online di Alaf 21 atau di kedai-kedai buku yang berhampiran anda.



Untuk perkembangan lanjut anda boleh Like Fanpage FB SAGA atau FB Akmal Aziz dan blog beliau juga.

p/s : Jom Kita ramai-ramai sokong karya-karya Anak Tempatan,mereka juga berbakat!!

3 comments

Kat Blok Karangkraf (di Pesta Buku Antarabangsa - PWTC)juga ada komik ni. Aku survey Jumaat lepas nampak sebaris dengan komik Suraya.

Reply