Ti-Kiti-Kitok Character for your Creativity


Assalammualaikum dan salam sejahtera, untuk mencipta karektor yang comel dan diminati ramai adalah agak sukar bagi seorang graphic designer baru. Tetapi bagi saudara Momokz yang mempunyai pengalaman yang luas dalam penghasilan buku kanak-kanak, buku bergambar dan character design sebagai freelance illustrator semenjak 1997 boleh di jadikan sebagai sumber inspirasi pada mereka yang berminat dalam character illustrator.
Khairullizam b. Selamat aka Momokz,saya mengenali beliau di laman web kartun4u.com, semenjak itu saya teruja melihat karya-karya beliau. Dari dulu saya mengikutinya secara senyap perkembangan beliau,setelah kartun4u.com senyap beliau beralih kini ke blogspot pula iaitu chemokz.blogspot.com. Aplikasi Facebook iaitu Pakis Online Greeting Card adalah milik beliau juga.

Boleh hantar pada rakan-rakan FB
Saudara Momokz bukan behenti setakat itu sahaja, tikitikitok.blogspot.com adalah produk terbaru beliau. Serlahkan profile picture anda dengan karektor yang comel dan kreatif dari blog tikitikitok.blogspot.com. Blog ini menyediakan karektor design mengikut kategori dari 'artline', 'card design', 'chibi character' hingga ke 'muslimah girl' sebagai penggunaan di Facebook,Myspace, Friendster atau sebagai hadiah untuk orang istimewa. Lihat di bawah ini untuk lebih jelas lagi.



Anda boleh membeli karektor yang anda minat dan perlu membayar secara bank transfer ataupun PAYPAL. Fail format anda akan terima ai,pdf,eps mengikut karektor yang anda pilih.





Bagaimana?comelkan. Jangan lupa untuk terjah blog beliau chemokz dan tikitikitok. Setakat in sahaja pengkongsian saya,terima kasih kerana sudi membaca.


art zam Admin

Artzam merupakan lulusan Politeknik Johor Bahru dalam jurusan Sijil Graphic Design. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini. Di blog ini dia berkongsi tips, teknik serta info yang berkaitan dengan kerjaya Graphic Design. Harap dapat dimanfaatkan untuk semua.

8 ulasan:

  1. Momokz my senior kat UiTM & opis. Antara pencipta dolly yang menarik. dikembangkan lagi dgn strategi pemasaran yang baik :D

    BalasPadam
  2. wah menarik nih... aku nk usha karakter lelaki lah..

    BalasPadam
  3. Aiseh Zam, tak sangka pulak ada rakan-rakan yang buat review sedetail yg ko buat nih. Terharu aku!

    Tak tau nak cakap apa. Terima kasih la bebanyak tentang review ni. :)

    BalasPadam
  4. @Momokzhehehe..sama-sama,tapi ayat tak tersusun,teruskan Usaha anda!!

    BalasPadam
  5. karakter tu mmg la sgt comel. Cuma xde ke karakter lelaki yg ganas tapi cute?. hihihi

    BalasPadam
  6. Boleh je. Saya buat atas permintaan dan carian tertinggi. Target saya, Muslimah Girl sangat diminati sebab kalau nak cari chibi/anime/retro cartoon memang berlambak di internet. Free download pun ada. Tapi produk muslim/muslimah sangatlah sedikit produknya...

    BalasPadam