Assalamualaikum, saya terpanggil untuk membuat entri berkenanan isu Hakcipta atau Plagiat berikutan aktiviti Plagiat secara Haram makin berleluasa sekarang. Isu plagiat ini sudah lama dan orang sudah muak mendengarnya tetapi bagi pengkarya atau pencipta, isu ini adalah sangat penting. Bukan sahaja designer merasakan ini adalah musuh utama, malah jika anda seorang Blogger juga akan rasa isu ini sangat berat dan perlu diberitahu kepada semua. Untuk itu sebagai tanda rasa bertanggungjawab saya kongsikan maklumat ini agar dapat kita manafaat bersama.



1. Apa itu HAKCIPTA ?

Untuk pengetahuan, HAKCIPTA atau dalam bahasa Inggeris COPYRIGHT adalah HAK EKSKLUSIF pengarang/pencipta bahan-bahan asal yg terdiri daripada karya Penulisan, Sastera, Muzik, Lukisan, Gambar, Grafik, Filem, Rakaman Audio/Video, Program/Software Komputer dan segala hasil kerja kreatif yg lain.
Hanya PEMILIK dan PEMEGANG HAKCIPTA mempunyai kuasa untuk menerbitkan, menayang, mengedar dan mengeluar semula hasil kerja tersebut.
Dan hanya PEMILIK dan PEMEGANG HAKCIPTA mempunyai kuasa untuk membenarkan pihak lain menggunakan keseluruhan atau sebahagian konsep daripada hasil kerja tersebut di dalam media yg sama ataupun media lain.

Contoh sebahagian konsep – Watak Superman menjadi Clark Kent di dalam Smallville. Contoh media lain – Harry Porter daripada novel menjadi filem

2. Bagaimana untuk dapatkan HAKCIPTA?

Untuk mendapat HAKCIPTA, kita tak perlu melalui proses tunjuk lawyer yg banyak level prosedur dan menulis paperwork.

Untuk pengetahuan, HAKCIPTA boleh diperolehi secara AUTOMATIK dan tidak perlu didaftarkan. Bagaimana? Senang aje… sebaik sahaja karya anda itu siap, maka secara automatik anda memperolehi HAKCIPTA ke atas karya tersebut!
Contohnya, entri mengenai HAKCIPTA yg sedang anda baca sekarang ini, setelah siap ditulis dan dipublishkan di blog ini, secara automatik ianya menjadi HAKCIPTA saya tanpa perlu saya mendaftarkannya dengan mana-mana pihak. Dan secara automatik jugalah anda semua tidak boleh menerbit dan menggunakan artikel ini (atau sebahagian darinya) tanpa mendapat KEBENARAN daripada saya.

3. Sesebuah Idea itu boleh di katakan HAKCIPTA atau tidak?

Sekiranya anda baru bercerita dengan kawan anda di kedai mamak mengenai IDEA anda untuk menghasilkan artikel teknik 2jam 30 minit untuk tingkatkan trafik di blog, ia masih tidak boleh diHAKCIPTAkan lagi kerana ia masih sekadar satu IDEA sahaja.

Hanya idea yg telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL layak untuk mendapat hakcipta (Contoh: Novel – sudah ditaip atau dicetak)
KEASLIAN sesuatu karya juga adalah perkara yg paling penting dalam memperolehi HAKCIPTA.
Jadi  pastikan karya anda itu ASLI dan ia telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL untuk memastikan anda layak mendapat hakcipta ke atas karya tersebut.

4. Apakah kebaikan HAKCIPTA buat pemiliknya?

Adakah dengan memegang HAKCIPTA boleh menjadi kaya? Sekiranya karya anda itu ibarat sampah dan syok sendiri usahlah berangan untuk kaya walaupun anda memiliki sejuta HAKCIPTA sekalipun!

Sebaliknya jika karya anda itu popular dan diminati ramai, di kala itulah HAKCIPTA ini amat penting sekali! Selain mendapat keuntungan dari hasil titik peluh anda itu, yg penting sekali anda dapat MENGHALANG pihak lain atau lanun cetak rompak membuat keuntungan tanpa KEBENARAN dan PERSETUJUAN anda (KEBENARAN dan PERSETUJUAN bolehlah juga dimaksudkan dengan membayar anda sejumlah wang!)
Kerana itulah juga COPYRIGHT @ HAKCIPTA ini dikategorikan bawah INTELLECTUAL PROPERTY ataupun HARTA INTELEK. Walaupun tidak berbentuk fizikal, tetapi ianya amat benilai sekali seperti harta!
Dikhabarkan di luar negara sana banyak artis atau pencipta lagu yg memajakkan lagu ciptaan mereka kepada bank untuk membuat pinjaman. Dan ianya diterima kerana pihak bank tahu akan nilai HAKCIPTA tersebut.

Sebagai pengkarya anda mungkin memegang HAKCIPTA karya anda dan mempunyai hak untuk tidak membenarkan pihak lain menyiar atau menggunakan hasil karya tersebut. Seperti juga hak-hak yg lain, ia ada juga batasannya.

Bagaimana?Adakah karya anda HAKCIPTA anda atau Plagiat?

Mohon jasa baik anda untuk kongsikan artikel ini di blog atau share di Facebook. Bersama kita memberikan kesedaran IT kepada orang ramai.

p/s : Artikel asal ini dari blog Sifoo Kartunis Ubi

8 comments

jd wt gmbr sndiri. xpyh amik hakcipta org len ;p

apisv2.com

Reply

kes yang terlibat dengan aku tu sedang diselesaikan.. apa pun thanks for the info...

Reply

thanks for sharing bro!

memang copyright ni penting untuk menghormati hasil karya dan titik peluh orang lain. :)

Reply

walaupun hakcipta itu automatik, kita kena beritahu pada semua orang bahawa karya kita itu ada hakcipta, contoh paling simple boleh ambik di laman web Creative Commons di http://creativecommons.org/

salam ziarah ye..hehe :)

Reply

bro, TE sudah masuk dalam buffer tweet entri ni,

hm..setuju tak kalau plagiat sering dilakukan designer tetapi dilakukan dengan lebih halus lalu dianggap inspirasi..

Reply

Sekarang banyak sumber yang boleh diperolehi secara percuma. Apakah status karya tersebut apabila mengambil bahan percuma tersebut dan diolah menjadi karya baru. Adakah itu plagiat? Atau pengkarya yang baru menghasilkannya tu boleh meletakkan copyrightnya di situ?

Tetapi seperti En. Tengkorakemas punya pendapat tu saya setuju. Mengambil konsep sesuatu karya dan dijadikan inspirasi sehingga mewujudkan satu lagi karya baru hasil dari inspirasi tadi. Namun, Adakah dia juga dianggap plagiat?

Susah nak cakap kalau berkaitan new-media terutamanya digital illustration/graphic. Kecuali kita boleh bahaskan dari segi rekaletaknya atau anglenya atau strokenya...

Reply

Bad artists copy. Good artists steal.
::Pablo Picasso::

Nice blog. Keep on sharing.

Reply