Salam dan hai, ok entri kali ini di tujukan untuk fresh graduate Graphic Design yang baru keluar. Jika anda sedang mencari pekerjaan sebagai jawatan sebagai Graphic Designer , disini saya kongsikan beberapa panduan dari laman group FB Persatuan Pekerja Kreatif Malaysia. Artikel ini di kongsikan oleh Tuan Dzul Cazares dan saya ubahkan sedikit mengikut kesesuaian.


1. Resume
The Shartox Resume
Resume mestilah berkaitan tentang bidang kerja yang anda ingin mohon. Tidak perlu letak pengalaman kerja yang tiada kena mengena contohnya seperti anda pernah jadi cashier, pernah menjadi pengasuh ataupun sebagai pekerja restoran cepat. Adalah lebih elok jika anda nyatakan yang anda pernah memasuki pertandingan Fotografi atau pertandingan mencipta logo.

[TIP] : Hasilkan resume yang lain dari resume biasa yang menggunakan word. Andakan student graphic perlu lebih kreatif.

2. Porfolio
Portfolio merupakan salah satu perkara yang penting bagi seorang Graphic Designer. Segala hasil kerja yang anda pernah buat hendaklah disusun rapi. Untuk kelihatan lebih profesional : 
  • Adalah disarankan untuk anda menyusun segala artwork anda dalam bentuk pdf.
  • Pilihan artwork yang mantap sahaja.
  • Saiz fail tersebut tidak melebihi 2MB, senang nak email nanti.
  • Dan ini sangat penting, artwork tersebut mestilah anda yang buat, bukan orang lain punya.

[TIP] : Jika artwork anda disusun cantik, kebarangkalian untuk syarikat panggil temuduga adalah tinggi walaupun artwork anda kurang best.

3. Hardcopy
Sediakan beberapa hardcopy artwork yang pernah anda buat. Hardcopy perlu ikut kesesuaian, tidak perlulah anda bawa mock up, portfolio beg yang besar dan kertas lukisan yang pernah anda buat. 

[TIP] : Cetak hasil kerja anda dalam saiz A3 dan letakkan dalam file folder bersaiz A3.

4. Online Job Search
Terdapat banyak laman web carian kerja di Malaysia ini. Anda hanya perlu dapatkan email dan nombor telifon syarikat yang mengiklankan jawatan kosong. Contohnya :

[TIP] : Utamakan pilihan syarikat yang besar dan pilih berkaitan sahaja.

5. Email
Image credit
Sila lampirkan resume anda serta portfolio anda berasingan. Pastikan anda letak tajuk yang dapat menarik pihak syarikat membaca email anda. Karang ayat email anda yang dapat membuatkan penerima email ingin membaca dan mengetahui tentang anda lebih lanjut. 

[TIP] : Jangan guna ayat-ayat yang biasa, fikirkan sesuatu yang luar kebiasaan. 

6. Follow up
Credit Komikniaga.com
Seterusnya follow up syarikat tersebut dengan menyatakan yang anda telah menghantar resume. 

[TIP] : Telifon selepas beberapa hari tarikh tamat iklan jawatan tersebut. Pastikan samada anda dapat tak jawatan tersebut. Tidak perlu anda tertunggu-tunggu.

Ok itu sahaja jika ada kemusykilan dan permasalah mahupun anda mahu berkongsi tentang pengalaman anda, sila nyatakan di ruang komen di bawah ini. 

Terima Kasih.


4 comments

sangat berguna! Mohon Share ye bro..

Key:
http://www.facebook.com/pages/Khairullizam-Selamat/136177556513527

Reply

nice entry,saya pun student grafik.yg pasti tdo 5 or 3 jam je
@____@ v

Reply