Assalammualaikum, pertama sekalinya minta maaf agak lambat sikit saya umumkan keputusan bagi Bighandesign : Monthly Top Commentator Contest, sepatutnya keputusan ini diumumkan pada setiap 1 haribulan tetapi oleh kerana kekangan masa dan kesibukan kerja jadi hari ini baru dapat saya umumkan. 

Oklah kita teruskan, untuk pemenang bagi bulan August yang lepas ialah saudara M'Rie R'nie, dengan 5 komen sepanjang bulan August. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara M'Rie R'nie merupakan kali pertama ke blog bighandesign dan terus menjadi Top Commentator ,Tahniah saya ucapkan.


Ok jom kita kenal serba sedikit dengan saudara M'Rie R'nie dan blognya.


Sila perkenalkan diri anda secara ringkas?
Nama Mohd Amri boleh panggil M'Rie R'Nie. Full time blogger buat masa ni. Asal dari Selangor. Berusia 24 years old. Berketurunan Melayu Jawa. Thats why my blog name is Budak Melayu Jawa. Lulusan Teknologi Maklumat Kolej Komuniti Kuala Langat.

Bagaimana anda boleh mula menulis blog?
Mula2 blog yang sekarang tu asalnya adalah blog yang share video2 KPOP start from August 2010. Waktu tu kurang aktif & jarang berblogging. Tapi telah ditransform kepada blog yg sekarang start November 2010. hasil dari selalu lepak kat blog Dunia  Lelaki Maskulin. Dari situ baru terdetik hati untuk serius berblogging. Mula2 tu just suka2 jer. Sekarang memang serius dalam dunia blogging.

Penulisan blog anda menjurus kepada apa?
Penulisan saya menjurus kepada Various Style. Dalam erti kata lain saya mengamalkan multi-konsep. Tidak terikat dengan satu2 topik/kategori. Sebab blog saya bukan blog berkonsepkan niche. Ianya lebih bersifat persendirian.

Adakah anda mendapat hasil kewangan dari aktiviti penulisan blog anda dan nyatakan sumber pendapatan itu
YES, saya dalam proses mempelajari cara generate income from blogging. So far saya menggunakan service dari Nuffnang, churp2 dan says.my.

Apakah harapan pada masa hadapan untuk blog anda? 
Saya mengharapkan trafik blog yg kebaboom macam blogger2 lain dan masih lagi berusaha untuk mempelajari tentang dunia blogging. Saya juga berharap dapat membina rangkaian rakan blogger sendiri. selain dari itu juga saya berharap ada yang sudi bertandang ke blog saya dan sudi2kanlah mengomen setiap apa yang dibaca disitu.

Ok jangan lupa untuk singgah dan terjah blog beliau,ramaikan kawan. Saudara M'Rie R'nie juga dapat ruang iklan Percuma di bahagian sidebar blog ini.

Setakat ini sahaja,kalau korang nak join,sila klik sini bighandesign : Monthly Top Commentator Contest!!

2 comments

He3..thanks for review. Segan plak rasanya. Bukan pertama kali da. dah banyak kali masuk, cuma jarang mengomen jer.

Reply