Cara Mudah Melukis Kucing dalam illustrator


Assalammualaikum dan Salam sejahtera, selain menggunakan Adobe Photoshop, perisian Adobe illustrator juga boleh di gunakan untuk melukis dan juga mewarna. Untuk itu, tutorial kali ini saya kongsikan bagaimana untuk melukis di Adobe illustrator dengan mudah sekali.Saya akan tunjukkan melukis kucing dari lukisan tangan ke lukisan komputer dan di akhir tutorial ini anda akan dapat hasil lukisan yang cantik. 

Monthly Top Commentator Contest

Cara mudah melukis kucing dalam illustrator
Langkah 1

Setelah mengimbas lukisan, anda buka Adobe illustrator CS2 buat File baru,File->New atau ctrl+N, kemudian tekan File->Place untuk letak lukisan anda di dalam illustrator.


Langkah 2

Setelah itu pilih Ellipse Tool(L) dan buatkan bulatan yang leper seperti ini.

Pastikan saiz Tinggi : 5px,kemudian anda ubah objek tersebut seperti ini.
Langkah 3

Jadikan objek tadi kepada brush, caranya buka tool brush Window->Brushes atau F5,tarik objek itu ke tool bar.


Dan kemudian setkan seperti ini

Langkah 4

Trace atau lukis semula kucing tadi dengan menggunakan Pen Tool(P), setkan stroke berwarna merah.


Langkah 5

Setelah selesai trace kucing tersebut,klik pada garisan asas kucing itu dan klik pada Brush yang kita telah buat tadi seperti ini.


Ubah saiz stroke tersebut kepada 0.5pt untuk garisan luar,0.25pt untuk garisan dalam.


Kemudian tukar semua garisan asas,hasilnya seperti ini.



Selesai

Ubah garisan warna merah kepada warna hitam.


Bagaimana? Mudah tak? Sila berikan pendapat anda di ruang komen di bawah. Oklah setakat ini sahaja kita akan jumpa di entri akan datang.

p/s : Follow,twitter,Facebook atau subscribe blog ini dan saya tunjukkan bagaimana hendak mewarnakannya pula pada entri akan datang. Jangan ketinggalan!! 

Monthly Top Commentator Contest



art zam Admin

Artzam merupakan lulusan Politeknik Johor Bahru dalam jurusan Sijil Graphic Design. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ini. Di blog ini dia berkongsi tips, teknik serta info yang berkaitan dengan kerjaya Graphic Design. Harap dapat dimanfaatkan untuk semua.

12 ulasan:

  1. Yeah! Custom brush yang gerek seh...! Bagi anda yang sukakan hasil seperti hand drawing, teknik Bro Artzam ni memang superb. ^;^

    BalasPadam
  2. @MomokzThanks bro,sy selalu guna custom brush ini, senang skit nak lukis kt dalam ai.

    BalasPadam
  3. wow terbaik, tak sangka simple je step dia..

    BalasPadam
  4. @ParkAir memang simple beb.. tapi tang nak mengedjas tangan guna pen tool tu mula2 rasa macam nak hentak pala kat skrin.. tambah2 lagi kalu dapat mouse yang tak accurate..

    BalasPadam
  5. sememangnya kena lukis dengan tangan dulu ke bro

    BalasPadam
  6. waahh, menarik :) terima kasih :)

    BalasPadam
  7. susah la senang lagi tak boleh ke

    BalasPadam