Assalammualaikum,saya ada menerima beberapa email yang bertanyakan software apa yang terbaik untuk menghasilkan grafik?. Biasanya seorang graphic designer memakai software berbayar iaitu Adobe illustrator (teks,font,vector) dan Adobe Photoshop (image editing,effect) ataupun Macromedia Flash.
Ada juga yang boleh muaturun secara percuma tetapi risikonya adalah tinggi seperti lesen yang mungkin sudah expire,tool atau effect yang tiada pada original software dan lain-lain lagi. Untuk itu kepada yang berminat dalam bidang grafik dan ingin belajar saya telah senaraikan 10 Terbaik Program Design Freeware yang boleh di muaturun secara percuma.
Ada juga yang boleh muaturun secara percuma tetapi risikonya adalah tinggi seperti lesen yang mungkin sudah expire,tool atau effect yang tiada pada original software dan lain-lain lagi. Untuk itu kepada yang berminat dalam bidang grafik dan ingin belajar saya telah senaraikan 10 Terbaik Program Design Freeware yang boleh di muaturun secara percuma.
Secara peribadi bukan sahaja percuma,freeware memang sangat berguna untuk mereka belajar asas-asas grafik serta aplikasinya sangat mudah di gunakan dan user-friendly.
1. GIMshop
Aplikasi ini sesuai untuk mengedit gambar yang menyerupai seperti Adobe Photoshop,penggunaannya adalah senang dan mudah difahami.
2. FastStone Photo Resizer
FastStone Photo Resizer iaitu konverter gambar percuma dan resizer bertujuan membolehkan para pengguna (khususnya pemilik kamera digital) untuk menukar saiz,memotong,menambah teks,watermark dengan mudah dan cepat. Aplikasi ini menyokong format BMP,JPEG, JPEG 2000, GIF dan PNG.
3. IrfanView
IrfanView adalah untuk paparan gambar cepat dan kompak. Ia senang bagi pengguna yang baru nak bermula dan profesional pun boleh menggunakannya. Menyokong banyak format fail serta mempunyai ciri-ciri multi bahasa, pilihan imej ringkas, browsing director cepat,ecditing, perubahan warna, crop serta effect seperti sharpen dan blur.
4. Picasa
Memindahkan, mencari, mensusun, mengedit dan berkongsi foto menjadi senang dengan penggunaan aplikasi ini. Ia secara otomatik menetapkan semua foto anda ke album yang menurut tarikh. Menyokong format JPEG, DIF, BMP, PSD dan fail movie. Mengesan driver USB dari kamera digital dan import terus ke album. Alat edit seperti crop,removal of red-eye, tukar ke warna hitam putih mudah untuk di gunakan.
5. Paint.NET
Paint.NET adalah aplikasi untuk editing dan memanipulasi imej yang direka untuk komputer yang menggunakan Window sahaja. Ciri-ciri anataramuka intuitif dan inovatif dengan sokongan layer,unlimited undo,special effect dan pelbagai alat yang sangat berguna.
6. Inkscape
Open Source grafik vektor editor dengan kemampuan serupa Adobe illustrator, CorelDraw atau Xara X. Inkscape menyokong banyak sekali ciri-ciri terkini seperti marker,clones,alpha blending dan lain-lain.
7. SmoothDraw
SmoothDraw adalah perisian yang mudah digunakan untuk freehand drawing. Boleh menghasilkan stroke yang paling halus dan efektif dengan pengguna tablet.
8. InsightPoint
Sesuai untuk mereka yang mahu berkongsi idea dengan melakukan persembahan yang mantap. InsightPoint dicipta untuk graphic design,ilustrasi dan persembahan (presentations). Untuk menyelesaikan tugas-tugas yang rumit yang banyak dapat dilakukan jika di bandingkan powerpoint atau alat persembahan yang lain.
9. Synfig Studio
Synfig Studio sesuai bagi mereka yang mahukan animasi 2D, dengan menghilang keperluan untuk membuat animasi dengan frame ke frame anda boleh hasilkan animasi yang berkualiti. Synfig Studio menyokong Windows, Linux dan MacOS X.
10. Blender
Blender ialah Open Sources untuk 3D Modelling, rendering, animasi,post-production. Ia tersedia untuk semua operasi utama dibawah GNU General Public Licence.
Jadi terpulang pada anda untuk menggunakannya mengikut keperluan anda. Ingat semua apa yang anda ingin lakukan perlukan minat,jika tidak sia-sialah usaha anda.
p/s : Kongsikan pengalaman anda jika anda pernah menggunakan salah satu aplikasi tersebut diruang komen di bawah.
1 comments :
no10 tuh.. tuh memang expert dah tuh dalam 3d nih...
Reply