Anda seorang peminat fotografi atau memang pekerjaan anda sebagai Photographer. Nah! disini ada berita baik. Bersempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-58 pada tahun ini BERNAMA menganjurkan Pertandingan Fotografi Merdeka #sehatisejiwa.

Pertandingan ini terdiri daripada 2 kategori iaitu kategori 18 tahun ke atas dan kategori bawah 18 tahun. Tempoh pertandingan dari 17 Ogos sehingga 23 September 2015 dan ia perlulah bertemakan Sehati Sejiwa.




Hadiah yang ditawarkan RM3,000 untuk permenang pertama kategori 18 tahun ke atas, RM1,500 untuk kategori bawah 18 tahun.

Antara Syarat Pertandingan :-

  • Peserta boleh menggunakan Kamera Digital Lensa Refleks (DSLR) atau Digital Kompak dengan saiz fail gambar mestilah minimum 2MB sehingga maksimum 8MB setiap keping.
  • Penyertaan menggunakan kamera telefon bimbit tidak diterima.
  • Saiz gambar bercetak (print) adalah 8” X 10” atau 8” X 12” tanpa bingkai. (Setiap foto yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan atau pameran fotografi.
  • Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan mana-mana foto yang dipertandingkan bagi tujuan publisiti dan promosi. Semua foto bagi tujuan penyertaan menjadi hak milik BERNAMA.
  • Sila pastikan foto yang dihantar tidak pernah dipertandingkan atau digunakan dalam apa jua bentuk cetakan.
  • Gambar digital ‘super-imposed’ tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau gambar manipulasi juga tidak akan diterima.
  • Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG sahaja yang mengandungi imej digital asal.
  • Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan.
  • Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang gambar bersama-sama dengan maklumat ringkas mengenai kandungan foto (kapsyen).
  • Kapsyen mesti ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Kapsyen mesti tidak melebihi 60 patah perkataan.
Untuk syarat penuh disini.

Menurut BERNAMA lagi antara aspek yang dinilai untuk penentukan pemenangnya ialah Ketetapan tema, Kreativiti dan nilai estetika, Keaslian dan keunikan, Kualiti foto dan teknik penggambaraan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh pergi laman web BERNAMA

Sumber Foto dan Info Facebook BERNAMA


1 comments :

The main thing is that any submitted photos never take part in any photographic competitions or exhibitions.

Reply