Salam dan hai, selalunya data serta infomasi banyak menggunakan perkataan kurang penggunaan gambar, dan selalunya sangat membosankan. Kadang-kadang maklumat yang nak disampaikan sukar difahami walaupun sangat penting. Untuk itu untuk mengatasi permasalahan ini, Infografik jalan penyelesaiannya. 

Contoh infografik Facebook
Secara ringkasnya infografik adalah cara penyampaian dengan menggunakan teks serta grafik untuk menjadikan info, data dan angka lebih menarik. Namun untuk menghasilkan Infografik, ia memerlukan kepakaran dalam bidang grafik dan seumpamanya.

Untuk itu, disini saya kongsikan laman web tempatan yang menyediakan satu platform yang mana pengguna boleh membangunkan dan merekabentuk sesebuah infografik terus melalui pelayar web, iaitu PictoChart


Memandangkan aplikasi mereka berasaskan web, ia membolehkan semua pengguna seluruh dunia menggunakannya, asalkan pengguna mempunyai pelayar web dan juga aplikasi Flash. Untuk memudahkan lagi beberapa tema pilihan telah disediakan, membolehkan anda memilih, dan kemudiannya menambah kandungan padanya, termasuk dalam bentuk teks dan juga gambar dengan pantas.
Semudah 1,2,3

Pelbagai tema telah disediakan

Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan mudah menggunakan akaun Facebook atau Twitter, dan pihak Piktochart turut menyediakan beberapa pelan melalui perkhidmatan mereka untuk mereka yang inginkan fungsi tambahan.


Anda boleh pergi terus ke laman web Pictochart dan mencuba perkhidmatan yang telah disediakan lagipun ianya percuma.

sumber : amanz.my
 

Post a Comment: