Salam dan hai, jika anda berminat dan ingin belajar lebih lanjut mengenai perisian Adobe illustrator adalah lebih baik anda belajar dari seorang yang pakar seperti Imran Abdul Jabar, pemilik Sifoo.com. Sedikit info tentang beliau, telah menceburi bidang rekabentuk grafik dan laman web sejak 1997 lagi. Pernah berkhidmat sebagai perekabentuk grafik dan multimedia di beberapa syarikat.Kini, beliau menumpukan sepenuh masanya kepada menguruskan Sifoo.com dan mengendalikan kursus berkaitan grafik dan multimedia. Berita baik untuk anda kerana beliau akan mengadakan Kursus Reka illustrator pada bulan mac ini. Info lanjut seperti di bawah ini.



Sesuai untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan Illustrator untuk menghasilkan ilustrasi grafik vektor dan juga rekabentuk layout untuk percetakan.


Objektif:
  • Menguasai pengetahuan dan kemahiran penggunaan Illustrator di dalam menghasilkan grafik vektor dan juga di dalam kerja-kerja rekaletak (layout design).
Topik yang akan diajar:
  • Teknik melukis menggunakan Basic Shape Tools, Pathfinder, Pen Tool.
  • Teknik mewarna menggunakan Fill/Stroke, Gradient, Live Paint Bucket, Blend.
  • Penyusunan teks – Typography.
  • Penyusunan objek dan imej.
  • Asas tracing.
  • Efek 3d.
  • Rekabentuk percetakan.
  • Latihan merekabentuk Logo, Letterhead, Business Card dan Brochure.
Kursus ini akan menumpukan kepada latihan bercontoh bagi memudahkan kefahaman peserta. Pilihan latihan adalah yang dirasakan akan memberi manfaat kepada penggunaan lazim.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus dan kursus-kursus yang lain, pergi ke laman web kursus.sifoo.com ,jangan lepas peluang ini untuk belajar dari pakar. Semoga selamat berjaya.

Post a Comment: