Assalammualaikum,ok guy's untuk post kali ini pula,saya nak sentuh sedikit macam mana hendak menjadi seorang designer yang terbaik. Walaupun saya berada dalam industri ini tidaklah selama mana tetapi industri ini telah menjadi asam garam hidup saya,membolehkan saya serba sedikit mengetahui selok belok dan tips - tips dalam bidang ini. 5 Tips untuk menjadi designer terbaik :




1. Jadilah designer yang peramah;
  • Walaupun anda seorang yang top student didalam academy/kampus/politeknik mahupun Universiti belum tentu anda seorang designer yang terbaik. Ini kerana alam pembelajaran dan alam pekerjaan adalah sangat berbeza sama sekali. Bertanya atau bergaul dengan rakan sekerja anda samada senior designer mahupun art director adalah langkah terbaik kerana mereka dapat menilai artwork anda samada sesuai atau tidak mengikut kehendak konsep. (Supaya tidak syok sendiri!!)
2. Sertai komuniti atau forum designer;
  • Bukan sahaja anda dapat ramai kenalan tetapi disinilah kita dapat mengetahui tahap seorang designer dapat dinilai,mereka jujur kalau memberi komen tidak ada perasaan hasad dengki dan anda juga dapat bertukar-tukar fikiran mengenai perkembangan terbaru serta skill design yang terbaik. Contoh furom terbaik ialah sifoo.com
3. Jadikan kehidupan anda seharian sebagai sumber ilham;
  • Mesti anda pernah mengalami situasi mengejar dateline dan juga berasa artwork telah buat sebaik mungkin tetapi anda rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengannya,anda buntu!!, apakata anda rehat sebentar minum kopi, tenangkan fikiran, lihat sekeliling anda. Disini minda separuh sedar kita ini dapat berfikir secara rasionalnya dan adakalanya ilham atau idea itu datang tidak disangka-sangka seperti sewaktu minum kopi tadi.
4. Sentiasa berkeyakinan tinggi;
  • Amalan kehidupan yang sihat; bersenam,tidur cukup,makan minum mengikut waktu dan sentiasa berfikiran positif. Inilah menjadikan kita berkeyakinan pada diri dan sekaligus client akan berasa yakin dengan artwork anda.
5. Rajinkan diri anda untuk membaca dan buat kajian;
  • Zaman sekarang semuanya mudah;internet dunia tanpa sepadan. Tidak perlulah buat kajian ke perpustakaan menghadap buku-buku advertising yang tebal akhirnya tidak jumpa apa yang anda hendak. Gunakan teknologi ini sebaik mungkin, terdapat ramai designer di Malaysia dan luar negara yang mantap. Belajarlah dari diorang,kaji teknik dan skill yang mantap sememangnya diorang semua tidak kedekut ilmu. Ini kerana mereka juga macam anda, dahulunya belajar dari otai-otai designer sebelum mereka. Contohnya blog ini.
Ok guy's cukup setakat ini,sedikit perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini dari pengalaman  saya berkecimpung dalam bidang ini dan akhir sekali saya bangga dapat berada bidang ini,walaupun pada awal pembabitan banyak tegahan dan rintangan yang perlu dihadapi. So Enjoy!!
p/s : Komen-komen anda semua sangat dialu-alukan.

6 comments

mnrik...tp blum lg try lepak forum...sbb sgt noob =__=

Reply

ada joi siffo.com tp xaktif..hehehe

Reply

Saya join Forum Putera.com dengan Pergh.com. Banyak otai-otai yang tak kedekut ilmu suka lepak situ. Just sharing my opinion..

Reply

plus perlu mkn mknan yg berkhasiat..

Reply

Tidur biar cukup.. itu point menarik... he he..

Reply