http://sifoo.com
Posting kali ini mengenai laman web tempatan yang menyediakan sumber grafik dalam bahasa melayu iaitu sifoo.com.Ia merupakan pelopor yang pertama sumber grafik di dalam Malaysia.Sifoo.com adalah sebuah laman web portal yang memfokuskan kepada bidang grafik dan multimedia. Sifoo.com membawa slogan kata “Sumber Grafik / Multimedia Malaysia” sesuai dengan fokusnya untuk menjadi satu pusat rujukan di Internet kepada sesiapa sahaja yang berminat atau terlibat di dalam bidang grafik dan multimedia. Keahlian Sifoo.com adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa sebarang bayaran.
Sifoo.com menyediakan bahan bacaan ilmiah dalam bentuk artikel, tutorial dan juga perbincangan melalui online forum kepada pengunjung. Di samping itu juga, karya-karya ahli dipaparkan di dalam ruangan Galeri sebagai bahan rujukan kepada sesiapa yang berminat. Diharapkan dengan konsep perkongsian ilmu di antara ahli-ahli Sifoo.com, kemahiran setiap dapat ditingkat dan digilap.
Kini, setelah beroperasi sejak 1999, Sifoo.com telah mempunyai lebih 27 000 keahlian online. Ahli-ahli Sifoo.com yang menggelarkan diri mereka sebagai Sifoorians telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti secara online mahu pun secara offline. Antara aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan ialah Gempur Flash!, Gempur Reka!, Jom Lukis!, Riang-Ria Sifoo.com, Majlis Hari Raya Sifoo.com, Malam Seribu Bintang Sifoo.com, Bulan Bengkel Sifoo.com, Yumcha!, dan Kelab Bolasepak Sifoo.com (SFC). Ternyata Sifoo.com berjaya menjalin dan mengembangkan kumpulan yang terlibat dengan bidang grafik dan multimedia di dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah.




Sifoo.com yang pada mulanya diusahakan atas dasar suka-suka kemudiannya telah diletakkan di bawah sebuah entiti korporat yang diberi nama Sifoo Multimedia. Sifoo.com menjadi sebuah living portfolio kepada Sifoo Multimedia untuk menjalankan operasi perniagaannya yang menjurus kepada bidang rekabentuk grafik, web, multimedia dan juga latihan kemahiran. Kini sifoo.com telah berada di bawah pengurusan Majlis Tertinggi Sifoo.com (MTSC)
Sifoo.com berharap dapat menjalankan pelbagai lagi perancangan-perancangannya untuk masa hadapan. Ada di antara rancangan-rancangan tersebut telah lama dibincangkan cuma belum mampu dilaksanakan atas halangan-halangan tertentu seperti kekurangan kewangan untuk membiayai projek tersebut.
Berikut adalah sedikit fakta-fakta penting tentang Sifoo.com:
Pengasas



Imran Abdul Jabar


Tahun diasaskan: 



1999


Versi sekarang: 



7
Objektif:


1.Menyediakan tutorial perisian grafik dan multimedia secara online di dalam bahasa Melayu.
2.Mengumpulkan para pereka grafik, pereka laman web dan pereka multimedia sebagai satu komuniti.
3.Memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang grafik dan multimedia khususnya di dalam dunia internet.
4.Menyediakan informasi, berita dan kegiatan yang berkaitan dengan grafik dan multimedia kepada pengunjung.
5.Menjadi sebuah pusat sumber rujukan yang terkenal di dalam bidang grafik dan multimedia




untuk maklumat lanjut Klik disini

Post a Comment: