SalamMedia adalah satu platform pengiklanan baru yang memfokuskan kepada penulis blog dan media sosial. 



Apa yang membezakan SalamMedia dengan platform pengiklanan yang telah sedia ada ialah ianya berlandaskan 'Syariah Complaint' yang mana ketelusan dan kerpercayaan merupakan perkara penting bagi mereka.

Cara pengiklanan SalamMedia bukan melalui Banner seperti syarikat pengiklan yang lain tetapi melalui penulisan blog dan pengkongsian media sosial, sekaligus dapat mensasarkan kepada pelanggan yang sesuai sahaja.

Untuk pengambilan penulis blog dan pengguna media sosial, pihak SalamMedia memfokuskan kepada mereka yang mempunyai kandungan dan penulisan yang baik sahaja. Beberapa kriteria dikatakan diambil, sebelum sesuatu kempen diberikan kepada mereka.


Pada hari ini, lebih kurang 50 blog telah berdaftar dengan SalamMedia, dan mereka menyasarkan untuk mencapai lebih kurang 100 menjelang hujung tahun 2014.

Jadi, bagi anda yang mempunyai blog, bolehlah anda mendaftarkan diri di halaman rasmi SalamMedia dan mengetahui mengenainya lebih lanjut.



1 comments :

Terima kasih atas sokongan saudara. Harapan kami Salam Media mendapat sambutan yang sepatutnya. InsyaAllah

Reply