Ashraq Salahuddin merupakan seorang illustrasi vector yang sangat berbakat dewasa kini. Melalui blog thesharkox.com dia berkongsi idea serta cerita dalam bentuk komikal yang sinis. Justeru itu, amatlah bertuah saya dapat menemubual beliau, jadi teruskan ikuti temubual sempoi ini tentang latarbelakang serta pengalaman beliau dan bolehlah dijadikan inpirasi untuk anda.

Hai ,terima kasih kerana sudi di temuramah, cuba anda ceritakan sedikit tentang latarbelakang anda?

Hai...sama-sama, terkejut aku tetiba kena interview. Nama saya Ashraq Salahuddin, pemilik blog thesharkox.com lebih dikenali oleh kawan-kawan sebagai Shaq. Seorang yang sangat suka dengan kartun dan animasi. Berada di penghujung 20-an. Dulu belajar di UUM dalam jurusan Multimedia dan sekarang bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di sebuah Universiti swasta di Shah Alam dalam aliran Multimedia, Grafik dan juga Animasi.

Diantara perisian Adobe Photoshop dan Adobe illustrator yang mana anda lebih suka untuk menggunakannya? Mengapa?

Software Ps dan Ai adalah dua tools mempunyai fungsi yang boleh dikatakan banyak perbezaan, but too be answer this question, I would say Ai. Yeap, Deffinitely Ai. Dulu sebelum mengenali Ai, memang suka  Ps. Why Ai? Sebab aku sukakan kartun, suka animasi. So, pada aku Ai adalah tools yang lebih mudah untuk melukis kartun berbanding Ps. Ada orang pula sebaliknya. But then honestly aku lebih banyak habiskan masa membuka Ai berbanding Ps sekarang ini. Tapi kat tempat aku kerja sekarang, aku kena mengajar PS pula. So jadi balance balik, kat office guna Ps, balik rumah Ai balik.

Dimanakah anda dapatkan sumber inspirasi untuk menghasilkan kerja-kerja anda?

Kebanyakkan sumber sekarang ini, banyak datang dari siri animasi barat, seperti kartun-kartun dalam channel Cartoon Network, Disney Channel. Boleh dikatakan stroke aku lebih diadaptasi dari western style macam Dexter Lab, Fairly Odd Parents, Da Vincibles. Selain itu, inspirasi dari blog-blog komik dalam dan luar malaysia. Blog yang paling aku suka ialah The Oatmeal, Bro Don't Like That La bro, Akiraceo, White Ninja, lagi apa entah banyak lupa.

Cerita sedikit mengenai blog thesharkox.com?

Arrr.....thesharkox.com pada asalnya poyo macam blog-blog peribadi yang lain. Cuba untuk menjadi penulis yang hebat dalam alam maya padahal semua cerita peribadi aku adalah sampah semata-mata. Cuma bermula dalam 2 tahun lepas baru aku tukar haluan menjadi blog yang memaparkan komik sebagai sajian utama pembaca selepas aku sedar bahawa tak ramai orang yg menjadikan komik sebagai medium dalam blog mereka. 

Komik-komik yang aku paparkan lebih kepada jenaka rakyat Msia yang berlaku di sekeliling aku. Aku bukan seorang yg jenaka sangat, tapi sekeliling aku adalah lucu. Sebab itu dalam komik aku tak ada watak tetap, mesti watak berbeza-beza, sebab orang malaysia ni kan ramai, so kena la buat ramai watak.




Apakah perkhidmatan yang anda sediakan?

Aku ada buat servis lukis karekter dan juga maskot. Harga adalah mengikut harga pasaran industri, tak mahal pun. Nak tau harga sila PM di facebook.com/thesharkox


Dalam mereka sesuatu, perkara apakah yang anda beri tumpuan? 

Kalau permintaan dari pelanggan, mestilah kita kena tumpukan more on what they want. Dari situ baru kita akan dapat idea berkenaan design dan juga warna. Ya, aku akan tekankan pada pewarnaan.

Aku paling tak gemar warna default yang ada dalam colour/watch pallete. Terlalu skema warna-warna dia. Aku kalau nak warna biru or merah or oren or what so ever, aku akan cari di www.colourlovers.com. Di sana carilah warna biru, beribu-ribu warna biru akan keluar. Kebanyakkan client aku adalah datangnya dari blogger-blogger di malaysia. Antara client yang boleh tahan high profile ialah mudahalih.my.




Akhir sekali, apakah perancangan anda di masa hadapan?

Untuk masa depan, seriusly aku nak cetak artwork-artwork aku pada baju (and make some money from that).  Aku dah nak buat benda ni dari tahun lepas lagi, tapi selalu sangat ada aral yang melintang di tengah jalan. Satu lagi, aku plan nak keluarkan komik pada waktu yang tetap, macam seminggu 3 kali. Yelah, sekarang ni keluar pun seminggu sekali saja. Ini adalah antara cabaran la.

Sekali lagi terima kasih kerana sudi di temuramah, kata-kata akhir untuk bakal-bakal graphic designer di luar sana?

Banyak kata-kata akhir ni, tapi aku bagi yang penting-penting sahaja. Cari seorang artis/siri/graphic novel yang engkau boleh jadikan rujukan. Contoh macam aku, aku jadikan Fairly Odd Parent sebagai rujukan, and then cuba buat ikut style engkau. Mungkin pada awalnya orang akan cakap engkau tiru style orang, tapi percayalah, lama-lama nanti engkau sendiri akan dapat buat style engkau sendiri. Selalu buat experiment. Buat saja apa benda yang baru, cari tutorial, belajar dan buat terus. Rajin-rajin cari majalah design. Banyak sumber inspirasi dalam tu.



Ikuti perkembangan beliau :


Post a Comment: