Salam dan hai, entri kali ini agak serius sedikit dan perlukan perhatian anda semua. Ini berkenaan logo kemerdekaan yang ke-55. Sememangnya logo tersebut banyak bantahan serta kritikan terutamanya dari para designer Malaysia. Ia seolah di reka oleh budak higusan dengan menggunakan perisian Micrsoft. 



Disini adalah menjadi tangunggjawab saya untuk pihak berwajib sedar akan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun sesetengah pihak mengatakan ia hanya logo, tetapi bagi kami logo ini menjatuhkan martabat semua graphic designer di Malaysia dan mencerminkan kepada dunia yang Malaysia tidak mempunyai designer yang berbakat. 

Oklah, di bawah ini saya simpulkan 7 Kesilapan Logo Merdeka Ke-55. Sila baca dan fahaminya.


1. Tipografi yang huru hara

Tipografi adalah prinsip asas rekabentuk. Dalam penghasilan logo perlu direka semudah yang mungkin pada masa yang sama masih menggambarkan mesej yang hendak di sampaikan melalui logo tersebut. Seorang designer perlu mengambil kira prinsip asas ini dalam penghasilan rekabentuk bukan ikut suka hati sahaja.

2. Pemilihan Font yang Lemah

Apabila mencipta logo, pemilihan Font yang betul boleh sesuatu membuat rekabentuk tersebut menyerlah dan lain dari kebiasaan logo. Pilihan font betul memang memerlukan masa dan tidak perlulah lakukannya tergesa-gesa, nanti buruk padahnya.

Lakukan sedikit penyelidikan pelbagai font yang sesuai untuk sesuatu projek adalah berbaloi. Senaraikan font yang sesuai dan senarai pendek font, ataupun anda boleh mengubahsuai font mengikut kesesuaian.

3. Terlalu Kompleks

Tidak perlu terlalu banyak info yang hendak di letak di logo, bukan sahaja menampakkan logo itu kompleks malah sarat dengan design yang tidak sesuai.

Logo mudah adalah senang diingati. Bagaimanapun untuk menghasilkan logo yang menjadi ingatan, ia mesti mempunyai sesuatu yang unik,  dan tidak terlalu menyimpang jauh dari tujuan asal logo tersebut dibuat. 

4.  VectorStock 

Memuat turun imej vector dari laman-laman web bukan jenayah, tetapi ia mungkin boleh mendatang kesusahan jika anda menggabungkan dalam logo jika vector tersebut mempunyai copyright.

Logo seharusnya unik dan asli. Jika anda menggunakan imej vector yang dimuat turun secara percuma, ia juga kemungkinan besar sesorang yang lain juga pernah menggunakannya, jadi logo tersebut tidak unik lagi.

5. Terlalu banyak jenis Font

Menggunakan pelbagai jenis font dalam sesuatu masa adalah salah satu kesilapan besar seorang designer. Setiap font mempunyai typeface yang berbeza,jika meletakkannya sekali maka akan memberikan kekeliruan terhadap logo tersebut.

Penggunaan maksimun adalah 2 jenis font yang berbeza adalah standard. Menghadkan bilangan font  dapat meningkatkan kebolehbacaan rebentuk logo.

6. Meniru

Ini perkara yang paling menyedihkan, tetapi ia adalah satu amalan oleh para designer yang baru pada masakini. Seorang designer melihat sesuatu idea yang dia suka, melakukan pengubahsuai warna, atau perkataan dan kemudian ia mengatakan logo ini idea sendiri. Bukan sahaja tidak beretika,menyalahi undang-undang, tetapi benar-benar bodoh.

7. Designer Amatur

Yang ini saya tak mahu ulas banyak. Sepatutnya untuk mereka logo seperti ini perlulah upah seorang profesional dan bukan oleh pekerja yang baru 2 3 bulan kerja dan berjawatan rendah. Ini adalah logo untuk hari kemerdekaan, acara yang sememang besar dan memberi impak kepada negara.

Mungkin ada banyak lagi kesilapan yang anda tahu sila kongsikan di ruang komen. Semoga usaha yang kecil ini dapat menyedarkan meraka yang berwajib untuk mengambil tindakan susulan.

Mohon juga anda untuk share di blog dengan buat satu entri berkenaan permasalahan ini, dan juga anda boleh kongsikan di laman sosial Facebook. 


Sila like FB page Kami Bantah Logo Kemerdekaan ke 55 untuk melihat designer hasilkan logo yang lebih baik dari ini. Terima Kasih


Follow my blog with Bloglovin


12 comments

Logo berunsurkan politik.

penggunaan tone warna cam suram pon ada

Reply

Apa kata bro buat satu contest ajak blogger buat design mereka sendiri, contest percuma je la. Sebab ramai gak blogger yang lagi kreatif buat logo cam ni

Reply

komen je.. tunjuk la hasil kerja designer bighandesign yang power tu

Reply

First time tengok tak expect pun ni adalah sebuah logo. Apatah lagi logo untuk sambutan kemerdekaan. Mengecewakan.

Reply

sudut pandang layman: memang buruk. yang lepas lepas lg elok.

Reply

masalahnya 'orang tua yang takde rambut' mana yang pilih ni?

Reply

unsur politik semata-mata,
mindset org tua-tua dulu jer pngkah BN,
kalau letak tunggul kayu boh tnda nama BN,
berani kata mmg diorang pgkah BN,

ape yg janji di tepati ntah...hahaha
dok pulon bg duit kt geng felda yg dh ada tanah..
usaha la tanah tu ni bg lg hak org lain kt geng felda...
org lain yg kerja persendirian haram xdapat apa...

ckp lebih2 kena saman... Bush org buat lagu guna gmbar dia buat karikatur pun dia relaks jer...kita kt sini angkat bendera jer dh kena sental smpi nk mati....

Reply

Admin, ad lg ko x perasan...

- Tema berunsurkan politik: "Janji Ditepati" tu kn tema parti "ehemm"
- Gambar "No.1" da 3 kali digunapakai utk merdeka yg lepas2, dh lapok la
- Logo sepatutnya simple aje, bkn dipenuhkan dhn font yg bukan2

Reply

saya bantah..
logo kemerdekaan paling buruk dalam sejarah sambutan kemerdekaan negara

Reply

baguslah kita pakat2 lakar semangat berpuak2 berpecah belah alang2 buat biar tergadai semuanya

Reply

memang agak berserabut.rasanya bendera Malaysia tak perlu letak lg sebab kat dalam no.1 pun dah ada bendera Malaysia.

Reply