Apabila seorang graphic designer hasilkan infografik, matlamat yang penting adalah untuk mendapatkan seramai mungkin infografik tersebut dikongsikan dan menjadi viral dilaman sosial serta laman web. 

Ini adalah penting kerana di infografik tersebut terdapat pautan pelanggan dan juga pereka. Justeru itu untuk hasilkan infografik yang hebat serta mendapat perkongsian yang ramai, ada beberapa tips yang anda perlu tahu sebagai seorang graphic designer.  


#1 LESS IS MORE

Ini adalah prinsip asas dalam rekabentuk, ia juga di aplikasikan dalam membuat infografik.  Jika infografik anda sukar difahami berbanding teks statistik maka anda telah lakukan salah. Perkara utama yang perlu diingati ialah data serta maklumat anda mudah difahami.

Salah

Betul


#2 NOMBOR

Infografik yang terbaik adalah dimana statistik yang banyak perkataan ditukarkan ke nombor yang boleh difahami. Jika infografik anda hanyalah semata-mata meletakkan gambar dan statistik bersebelahan, maka anda salah. Sepatutnya infografik perlu direka bukan hanya statistik sahaja tetapi lebih kepada pengertian sesuatu maklumat yang hendak disampaikan. 

Salah


Betul


#3 INGAT IANYA INFOGRAFIK

Jika anda hasilkan infografik dengan sarat maklumat dan teks maka ianya salah. Infografik sepatutnya menggunakan teks sedikit mungkin dan lebihkan kepada grafik. Ingat jika infografik anda boleh diterangkan tanpa teks, maka tahap keberkesanan kepada pembaca adalah tinggi dan mendapat perkongsian yang banyak.

Salah

Betul

#4 KONGSIKAN

Setelah selesai merekanya, anda perlu kongsikannya. Terdapat banyak laman web atau laman sosial untuk infografik anda menjadi viral. Antaranya Facebook, Google +, Twitter, LinkedIn, Tumblr serta blogspot. Anda juga boleh kongsikan di laman blog infografik Cool Infographic , visual.ly.

Ok, setakat in sahaja, jangan lupa tinggakan komen berkenaan entri kali ini.

2 comments