PENTING : Penulis telah melakukan kesilapan apabila melaporkan tentang info ini. Button Follower widget akan dihapuskan untuk dot com sahaja bukannya blogspot sepertimana yang dilaporkan sebelum ini. Artikel telah di baiki, terima kasih kepada M'Rie R'nie kerana memberitahu atas kesilapan artikel ini.^^

Salam dan Hai, pada tahun 2012 ini google akan membuat beberapa perubahan pada perkhidmatan diorang, terutama sekali pada blogspot. Di fahamkan beberapa widget serta tool akan di hapuskan akan berkuatkuasa 1 March 2012. Antara widget atau perkhidmatan yang di hapuskan ialah Google Bookmark List, Google Friend Connect (Follower widget) untuk dot com sahaja, untuk lebih lanjut pergi ke laman Googleblog.


Tentu berita ini akan mengakibatkan ratusan selebriti blogger dot com yang mempunyai ribuan malah puluhan "follower" akan merasa sedikit kesedihan kerana terpaksa menghapuskan perkhidmatan ini.


Saya berpendapat Widget Follower ini tidak menampakkan keberkesanan dalam teknik menaikkan trafik blog malah widget "followers" ini boleh membuat seseorang blogger itu berasa taksub dan bermegah-megah kepada blogger lain (maaf jika ada yang terasa).

Memandang blog ini akan ke dotcom, Justeru itu jika anda perhatikan widget Follower di blog ini telah saya buangkan dan saya gantikan dengan Google Plus Widget

Untuk menambah widget add me seperti di atas mudah sahaja, anda hanya pergi ke laman web widgetplus.com. Dengan menggunakan Google plus box tool akan generate widget seperti diatas. Anda hanya perlu letak Google plus ID anda atau Google Plus page anda serta boleh juga mengubah warna serta font mengikut kehendak anda seterusnya klik get code. Anda boleh ke laman techedition untuk toturial berkenaan widget ini.



Ok itu sahaja semoga info ini berguna, jangan malu-malu untuk tinggal komen dan pendapat tentang info ini.

8 comments

takpe kot..yang penting ada pembaca..follower ramai kalau takde org baca tak best gak ye dak..

Reply

thanks for info brother. ade baiknya jugak follower widget tu di abolish

Reply

adoi.. semua bnda nak dihapuskan. sedih la :(

Reply

Simpan laie...tp tuk google+ tu den pun dh buar dah...:)

Reply

Ha3..sah2 korang ni tak baca betul2kan. kat situ dah di mentionkan hanya for non-blogger site user sahaja yg akan ditamatkan service Google Friend Connect.

kena faham dulu keseluruhan ayat barulah buat spekulasi. dah terang2 di situ mengatakan site selain dari blogger sahaja yg dah tak dapat nak menikmati GFC tu. Actually GFC ni bukan untuk up kan trafik. tapi ianya lebih kepada subscribe updates blog post.

Lagipun benda tu untuk membolehkan pengguna yg follow datang balik ke blog kita semula. walaupun tak ramai sekurang2nya loyal readers datang dari situ.

Reply

untuk NON_BLOGGER site SAHAJA.. blogspot.com masih boleh guna..

Reply

Maaf atas kesilapan ini dan terima kasih kerana memberitahu..^^

Reply