Assalammualaikum dan Salam sejahtera,Bagaimana hendak hasilkan imej gambar CCTV palsu dengan Photoshop? atau How to make Fake CCTV Image using Photoshop?,tutorial kali ini agak susah sedikit untuk beginner tetapi ia senang di hasilkan jika anda betul-betul memahaminya. Di akhir tutorial ini,anda akan hasilkan seperti imej ini :




Langkah 1
Buka imej yang hendak dihasilkan di dalam Adobe Photoshop,kemudian klik Filter->Distort->Lens Correction,untuk menghasilkan eyefish effect. Setkan seperti berikut :
Remove Distortion : -27,20
Chromatic Aberration : -100 , -67
Vignette : -100, +69

Langkah 2
Tambahkan gradient map,kerana kebanyakkan imej CCTV berwarna hitam dan putih,klik Layer->New Adjustment Layer->Gradient Map.

Langkah 3
Untuk menghasilkan kesan noise pada imej tersebut,buat satu layer baru dan fill background berwarna putih kemudian render,klik Filter->Render->Clouds.
Selepas selesai klik Filter->Pixelate->Mezzotint dan pilih Fine dots type,klik ok.




Langkah 4
Untuk menghasilkan line putih gunakan brush seperti di bawah ini,dan tukarkan mode kepada Soft Light serta opacity 50%.


Langkah 5
Kemudian masuk teks dan kemudian rasterize font tersebut seperti ini :


Untuk background perkataan tersebut setkan kepada hitam dan opacity kepada 45%.


Selesai 

Bagaimana mudahkan,oklah setakat ini sahaja pengkongsian saya,jika ada permasalahan dan pendapat sila tinggalkan diruang komen di bawah.Thanks 

18 comments

Zam, ruang tamu rumah ko ke ni? Lawa giler..

Reply

mmg lawa lah..bleh try nih..hehehe

Reply

Best bro. Rajin ko buat tutorial cenggini. Thumbs!

Reply

kalu dpt tambah objek utk gambo yg CCTv tuh, lagih best... hehhehhe

Reply

terbaiklah gambar mcm tu, mcm yang cctv betul, em lagi satu kalau yang kaler pun ok sbb skrg ni cctv banyak yang dah color

Reply

perrghh memang sebijik.. lah.. mahu cuba lah... dapat jadi sipi2 pun oklah...

Reply

Oh .. terer la..
Sejibik sama dgn yg biasa aku tengok tu..
perghhh..

Reply

Nice tutorial bro!.. tak terpikir plak nak buat tutorial camni ekeke. Anyway, selamat berkenalan XD

Reply

mantap..terbaek..!!!
haha..boleh kenakan org nih..
xtahu pulak boleh buat

Reply