Assalammualaikum dan Salam sejahtera,selain blog bighandesign saya mempunyai satu lagi blog iaitu nawaitucollection. Di blog nawaitucollection ini, saya tumpukan kepada design yang berbentuk islamic,yang mana rekaannya mempunyai maksud tertentu berdasarkan ajaran islam. Rekaan tersebut merangkumi dari baju,button badge,bag dan lain-lain bahan cetak.Klik sini untuk melihat produk tersebut.



Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah sebagai media alternatif dakwah yang di aplikasikan dalam bahan cetak. Anda boleh klik sini untuk melawat blog ini.

Sehubungan dengan itu nawaitucollection sekarang sedang mengadakan First Giveaway Contest. Mudah sahaja contest ini,anda hanya perlu Undi,Komen dan Menang.


Ini merupakan hadiahnya ialah :

Tempat Pertama : 
Anda akan Memenangi Baju yang bernilai RM 25.00.
Tempat Kedua : 
Anda akan Memenangi Baju yang bernilai RM 20.00.
Tempat Ketiga : 
Anda akan Memenangi Top Up yang bernilai RM 10.00.

Bagaimana?Menarik bukan?
Ini pula syarat-syarat penyertaan :
  1. Anda mesti pilih antara 2 design baju di bawah ini yang lebih menarik pada anda.
  2. Selepas itu anda kena tinggalkan komen dan berikan penjelasan mengapa anda memilih design baju tersebut sertakan sekali akaun FB/Blog/email anda untuk dihubungi.
  3. Ikuti perkembangan blog ini samaada melalui Facebook atau menjadi Follower.
  4. Tempoh Contest ini bermula 27/01/2011 sehingga 26/02/2011,pemenangnya akan diumumkan seminggu selepas tarikh tamat tersebut.
Macam mana?hendak menyertainya?Mudahkan..
Ini 2 Design baju tersebut,anda boleh baca design konsep kedua-dua baju tersebut untuk lebih memahaminya.Klik gambar untuk paparan besar.


Ok kalau anda hendak menyertainya,klik sini.

P/s : Sedikit tips disini,pemenangnya akan ditentukan berdasarkan komen yang menarik,sesuai serta komen yang ikhlas.Jom sertai Contest ini beramai-ramai,insyAllah anda adalah pemenangnya.

1 comments :