Assalammualaikum dan Salam sejahtera,adalah menjadi impian saya jika dapat mengumpulkan semua graphic designer di Malaysia dalam satu komuniti,itulah sebabnya blog bighandesign ini ditubuhkan. Bukan sahaja untuk berkongsi tips dan tricks serta tutorials tetapi blog bighandesign ini juga dapat dijadikan tempat bertukar-tukar pendapat dan kritikan serta sumber inspirasi dalam bidang graphic design .

Saya juga berharap untuk melihat karya-karya atau hasil rekaan para graphic designer yang terbaik dapat dikumpulan dan juga dapat dijadikan sumber inspirasi bagi graphic designer yang baru ataupun untuk berkongsi ilmu antara satu sama lain.

Justeru itu ebook: EDISI ini di hasilkan.eBuku ini adalah himpunan artwork para designer di Malaysia ini mengikut tema yang akan diberikan setiap bulan. Lihat di bawah ini untuk lebih jelas lagi :

Contoh tema : Hijau


isi dalam

isi dalam
Ciri-ciri ebuku ini ialah :
  • File dalam bentuk .pdf.
  • Saiz A4.
  • Design mengikut Tema setiap bulan yang bertukar-tukar
  • Di bahagian bawah akan diletakkan profile ringkas  tentang designer tersebut.
  • Keluaran setiap 1haribulan.
  • Boleh di download secara Percuma kepada sesiapa yang berminat.
Kelebihan kepada Graphic Designer :
  • Dapat menunjukkan bakat serta hasil kerja artwork kepada umum.
  • Dapat mengasah skill anda dalam graphic design.
  • Dapat berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat dengan designer yang lain.
  • Dapat melihat karya graphic designer yang lain.
  • Boleh juga dijadikan portfolio artwork anda jika ada syarikat yang berminat dengan anda.
Syarat-syarat untuk menghantar hasil artwork anda :
  • Artwork mestilah mengikut tema yang diberikan setiap bulan.
  • Artwork hendaklah bersaiz A4
  • Artwork mestilah berformat file jpeg atau pdf apabila hendak di hantar.
  • Resolution bergantung anda tetapi jangan terlalu besar dan terlalu kecil.
  • Sertakan sekali butiran peribadi anda seperti :-
    • Nama :
    • Sedikit latarbelakang anda :
    • Facebook :
    • Blog :
    • IM :
    • dan lain-lain yang berkaitan :
  • Tarikh akhir hantar artwork ialah 25 haribulan pada setiap bulan.
  • Hantar artwork anda pada alamat email : hakeemstudio@yahoo.com
  • Syarat-syarat lain akan diberitahu kelak.
Bagaimana?berminat,ok anda boleh download ebook preview untuk melihatnya lebih jelas lagi.Sila klik :-



Ok that all,Enjoy!!

2 comments

bro..bagus usaha ni..tema tu mcm mana?dari segi warna ke?

Reply

@tengkorakemas Thanks,tidak semestinya ikut warna,nanti saya akan bagitahu tema ape,pada post akan datang..Thanks For support =)

Reply