Assalammualaikumdan Salam 1 Malaysia,pada post yang lepas saya ada review produk berkenaan tentang Ebook Kompilasi Teknik Photoshop Terbaik. Untuk kali ini saya dapat menemubual dengan pemilik atau penerbit buku tersebut iaitu Imran Abdul Jabar. Temubual ini di jalankan melalui email.Ok kita teruskan pengkongsian ini bersama Otai dalam bidang grafik ini.
Cerita serba sedikit tentang latarbelakang encik mengenai sejarah pembelajaran & pekerjaan?
Saya mempunyai sejarah pendidikan di dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari sebuah universiti di USA. Sememangnya tiada kena mengena-mengena dengan apa yang saya buat hari ini. Tetapi, atas dasar minat dan usaha sendiri, saya belajar art & design secara self-taught. Kebanyakannya, melalui pembacaan, pemerhatian dan perkongsian sesama rakan sekerja.
Selepas graduasi dalam tahun 1998, saya mula bekerja sebagai graphic/multimedia designer pada tahun yang sama. Saya bekerja di beberapa syarikat IT dan Multimedia sehingga tahun 2005.
Kini, saya lebih menumpukan masa menganjurkan kursus-kursus dan juga menerima jemputan sebagai penceramah kursus di dalam bidang saya minati ini.
En Imran juga merupakan pengasas sifoo.com, mengapa anda menubuhkan laman Web tersebut?
Saya belajar sendiri (self-taught). Maka, saya yakin orang lain juga boleh belajar dengan cara yang sama. Pada pendapat saya, ilmu jika dikongsikan manfaatnya akan lebih bertambah, samada kepada diri sendiri atau pun orang lain. Oleh kerana itulah, Sifoo.com diwujudkan dan masih lagi berada di persada online Malaysia.
Anda juga ada membuat Kursus di sifoo.com,cerita sedikit mengenainya?
Anda juga ada membuat Kursus di sifoo.com,cerita sedikit mengenainya?
Kursus yang dianjurkan oleh sifoo.com diadakan pada hujung-hujung minggu dan juga pada harga patut (bermula daripada RM350 ke atas untuk kursus dua hari). Tenaga pengajar pula terdiri daripada pekerja industri yang berpengalaman, termasuk saya sendiri.Jadual dan promosi kursus boleh di dapati di http://kursus.sifoo.com
Mengikut pengalaman anda, pandangan masyarakat khasnya Melayu mengenai Bidang Grafik ini,bagaimana?
Sejak industri multimedia berkembang pada tahun 2000, pandangan masyarakat terhadap kerjaya di dalam bidang seni digital ini telah berubah. Kalau sebelum itu, kerjaya di dalam bidang seni dianggap sebagai "kerjaya ketiga"..."orang seni tempatnya di Central Market".Kini, seni grafik dan multimedia adalah penting di dalam pelbagai bidang.
Buku ini terbit kerana terdapat banyak permintaan tentang teknik-teknik mengedit foto. Kita pun tahu, sekarang ini era fotografi digital. Ramai orang pakai Dslr dan ramai orang merasakan perlu untuk menguasai teknik mengedit foto.
Apakah keistimewaan Buku ini dan mengapa perlu memilikinya?
Rujukan untuk teknik lanjutan di dalam Bahasa Melayu adalah sangat terhad. Buku ini juga adalah kompilasi 20 teknik istimewa berserta fail-fail contoh sebagai rujukan dan amat mudah difahami. InsyaAllah tak rugi.
Adakah anda tidak terasa tergugat dengan mendedahkan teknik-teknik Photoshop ini,yelah kerana hampir semua designer dapat menghasilkannya.?
Tidak wujud perasaan tergugat kerana saya percaya jika wujudnya perkongsian maka akan wujudnya persaingan yang sihat. Jika, ada yang akan berjaya suatu hari nanti hasil daripada perkongsian ini, saya akan tumpang bangga. ;)
Terima kasih,harapan anda untuk pengunjung blog ini?
Buku ini untuk anda semua yang meminati Photoshop dan teknik mengedit foto. Dapatkannya, insyaAllah tak rugi.
Ok guy's that all..klik sini untuk dapatkan Ebook tersebut
Ok guy's that all..klik sini untuk dapatkan Ebook tersebut
1 comments :
http://redribbonboutique.blogspot.com/2011/03/open-invitation-for-all-photographers_29.html
Reply